Tak sampai sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi rap Daddycap mengakui menerima banyak mesej dan komen daripada netizen supaya menegur isterinya, Farra Inalis supaya menutup aurat.
Menerusi satu perkongsian, Daddycap berkata dia sudah pun memberi teguran namun dia tidak akan memaksa isterinya. Ujarnya, dia mahu isterinya bertudung kerana Allah, bukan kerana dirinya mahupun netizen.
BACA: Tiada Lagi Nama Caprice, Mahu Dikenali Sebagai Daddycap Atau Ariz Ramli
“Saya tak nak paksa sebab saya pun ada banyak kelemahan. Saya tak nak dia berubah kerana saya mahupun netizen. Saya nak Elis berubah kerana Allah.
“Lately, cap bagi dia banyak contoh artis seperti zizi kirana, fazura, izara, untuk beri inspirasi pada Elis untuk berubah dan bakar semangat dia,” tulisnya.
Dalam pada itu, Daddycap turut memaklumkan isterinya pernah bertanya mengapa jarang memuat naik gambar mereka bersama di Instagram, katanya dia hanya akan berkongsikan gambar jika Elis berhijab.
“Baru semalam kita gaduh sikit sebab dia soal kenapa saya jarang post gambar dengan dia dekat IG, saya cakap saya hanya kongsikan gambar bersama jika dia berhijab,” katanya.
Tidak hanya bercakap kosong, menerusi perkongsian itu Cap turut memuat naik beberapa gambar isteri tercinta yang tampil manis bertudung.