Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi satu ceramahnya ada menjelaskan tentang situasi isteri yang meminta cerai daripada suami.
Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Ustaz Azhar menerangkan tentang hadis Nabi Muhammad SAW berkenaan wanita yang meminta cerai daripada suami tanpa ada kesalahan atau kejahatan dilakukan oleh pasangan tersebut.
BACA: “Nikah Di Thailand Sah Tapi Boleh Boleh Jadi Haram & Dosa Besar” – UAI
@insan_marhaen Mintak cerai tanpa sebab #ustazazharidrus #insanmarhaen #fyp #rumahtangga
Sementara itu, pendakwah itu turut menasihati kaum wanita untuk bersabar demi menjaga perkahwinan mereka.
“Nabi kata, mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu.
“Belum kena cerai lagi, minta cerai sahaja, maka tertutup pintu syurga. Ramai isteri yang minta cerai ini akhlak dia tak molek,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Ustaz Azhar terdapat lima perkara yang membolehkan seorang isteri untuk meminta cerai.
“Melainkan lima perkara boleh minta cerai iaitu suami tak beri nafkah, suami larang buat perkara wajib seperti larang untuk sembahyang dan menutup aurat. Seterusnya, suami suruh buat perkara haram seperti liwat, berjudi, minum arak dan sebagainya.
“Kemudian suami dera dan yang terakhir, suami masuk penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara,” katanya.
SUMBER: TikTok