fbpx

Boleh dikatakan ada pasangan yang memilih untuk melangsungkan pernikahan di Thailand apatah lagi apabila hubungan cinta mereka tidak mendapat restu daripada keluarga atau berpoligami.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus memberi penerangan adakah sah nikah di Thailand jika wali di Malaysia masih hidup.

BACA: Dituduh Bergambar Terlalu Rapat Dengan UAI, Ini Jawapan Uqasha Senrose

https://www.tiktok.com/@sewakedaimydin/video/7331751127391685895?e

Menurut UAI, kes tersebut ada yang sah dan ada yang tidak sah, disebabkan itu pasangan yang nikah di Thailand perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.

“Saya tak boleh beri keputusan tentang perkahwinan di luar Malaysia kerana ada yang sah, ada yang tidak sah. Sebab itulah pasangan yang lari nikah di Thailand kena daftar semula di Malaysia.

“Mahkamah akan periksa wali hakim, siapa yang jadi saksi, bagaimana ijab kabulnya dijalankan, bagaimana jawab pengantin dan sebagainya.

“Sebab itu bila balik ke Malaysia ada mahkamah putuskan sah nikahnya..ada yang diputuskan tidak sah. Mahkamah yang tentukan,” katanya.

Dalam pada itu, UAI berkata tindakan pasangan yang berbuat demikian boleh mengundang dosa besar yang kemungkinan melukakan hati ibu bapa masing-masing.

“Bagi pasangan yang diputuskan sah, tetap berdosa. Kerana apa? Kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa. Mereka menyakiti hati ibu bapa, mengaibkan ibu bapa dan membuat mereka sedih. Haram, berdosa besar,” katanya.