Isteri Mengidam Kuih Raya Tengah Malam, Menggelabah Ayie Floor88 Pergi Cari
Hamil empat bulan, vokalis Floor88 iaitu Ayie memaklumkan isterinya, Tasha Awei tiba-tiba mengidam untuk makan kuih raya pada pukul 11 malam.
Kata Ayie, meskipun sukar untuk mendapatkan kuih berkenaan apatah lagi bukan musim perayaan, namun dia gagahkan diri keluar mencari kuih berkenaan.
BACA: Isteri Bunting Pelamin, Ayie Floor88 Teruja Bakal Jadi Bapa
“Ceritanya pukul 11 malam tiba-tiba isteri saya nak makan kuih raya. Memang masak la kena mencari… tapi demi isteri dan anak dalam kandungan, saya gagahkan juga diri mencari kuih dan biskut raya.
“Saya singgah kedai serbaneka di stesen minyak, mencari-cari kalau ada yang jual kuih raya tapi tak ada. Syukur akhirnya pakcik saya bantu dapatkan kuih-kuih itu dari Kajang.
“Alhamdulillah dapat empat jenis kuih tapi saya pun tak ingat nama biskut tu. Isteri pun senang hati dapat rasa setiap jenis tapi tak habis pun, dia makan sesuap sahaja,” katanya.
Sebelum ini, Tasha ada berkongsikan di Instagram mengidam kuih raya. Meskipun ada pengikut yang membantunya untuk mendapatkan akaun penjual, namun dia mahukan kuih itu dengan segera.
“Sesiapa yang ada jual kuih raya mesej saya sekarang, saya teringin kuih raya pula. Kebanyakan penjual tak dapat hantar hari ini. Nak kuih raya sekarang! Rasa nak nangis, kalau tak laki aku jadi mangsa.
“Kasihan suami aku sampai ke stesen minyak dia cari kuih raya. Kalau tak aku menangis tak dapat kuih raya malam ni. Aduh anak kenapa la kau mengidam benda yang susah nak cari masa sekarang ni.
“Kasihan adik sampai sanggup telefon kawan-kawan dia tanya ada jual kuih raya tak? Akhirnya dapat pun kuih raya. Terima kasih Pakcik Kiwan yang datang dari Kajang. Terima kasih juga yang mesej saya,” tulisnya di Instastory.
Ayie atau nama sebenarnya Fadlee Elhamshah mendirikan rumah tangga dengan Tasha pada 21 Oktober tahun lalu.
- SUMBER
- mStar Online
- cari forum
Mengader..FYI ni semua dibuat2.aku tkpernah percaya.aku dah ada 4 anak.tkde pun kemaruk.mengidam takdan2.sama je mcm tak mngndung ada time terasa nk makan sesuatu.tp bila mengadung org kata mengidam.
Aku rasa nk makan apa2 just bgtau je and dia bawakla makan kalau tk jumpa pun tkpe je.byk lagi makanan lain kot.rilek je walau bulan bintang laki akuboleh sediakan .tp makanan yg logik akalla nk cari bukan nye time tu jugak takleh tggu.
Ni ada yg pelik2 or nk time tu jugak.mmg overr la sgt.tolongla jgn terikut2 budaya mengarut menipu zaman dulu kala ni.konon anak yg teringin.sgt2 mengarut.
Ko pegi minum susu jela mkn asid folik tu cukup vitamin semua elokla ank ko.huhhh
It depends jugak… Tak semua ibu mengandung mengidam, kalau ngidam pun Kadang2 yg luar dari kebiasaan ataupun yg biasa2 je… Lain org lain cara, dia nk menipu ke, Nak acah2 ke tu hak dia… Yg penting stop comparing diri dgn org lain
Memang mengada..aku setuju. Boleh jerk tunggu esok siang. Aku pun mengidam kuih bawang tapi taklerr suruh lakiii cari tengah2 malam. Boleh jerkkk tunggu esok lusa. Tak mati pun hoiii!
Aaa betullah tu CikTaa aku pun mak anak 2. Biasalah benda2 yg teringin nak mkn ni. Tapi xdelah jam2 tu jugak mesti nak makan. Boleh je tunggu esok lusa. Aku pernah je teringin nak mkn cempedak masa mengandung ank 1st. Tapi xde rezki nak mkn sbb masa tu bukan musim buah cempedak. Berminggu2 cari. Tapi tak ada. Tak pulak aku nangis. Biasa je.
Budaya atau peel mengidam ni cuma wujud dlm kaum perempuan melayu jek. Korg xkan dengar mana2 artis Hollywood ke, kpop ke, Bollywood ke, hong kong ke dll industry hiburan ngidam nk mkn babi msk 3 rasa ke, ular msk sweet and sour ke xde!!!! Org melayu jek yg suka melebih2 termasuk dgn isu berpantang laa, meroyan laa. Benda ni semua ada dlm dna dan benak kaum melayu jek!!!
Bkn ape nk tunjuk bini tu manja le konon..dia lak nk tunjuk laki yg syg sesangat kat bini le..org yg baca bkn je meluat tp nk trmuntah skali.sape le kau sibuk nk up citer bini mengidam bagai..artis suam2 kuku..da xde citer pasal karier citer le pasal bini pulak
I dulu tetiba ptg tu nk mkn sgt Ubi kayu rebus, nafsu nk jumpa Muka ubi tu x bole thn dah..hahahaha tak tahu la Ngidam ker apa..sampai mlm la I drive Sendiri mencari serata Kedai (kat KL mmg susah nk dpt kan)
..last last jumpa jugak..tp ubi dh x berapa elok .hemmm beli jugak..pastu rebus..jamah sikit jer…adoiii
Yg pentingggg mak mengada sendiri ye..x susahkan husband or org lain…
Saya mengandung anak sulung mmg craving 1 jenama mee instant ni. Kena makan pkul 10pm setiap hari pl tu. So, 1 day rasa nak stop sbb tahu mee instant x sihat. Jd bila sampai pkul 10pm trus dtg craving nak mkn mee tu. Husband cri sampai tgh mlm pun x jumpa. Rasa merajuk dan marah tu sampai srh husband tdo luar bilik kalau x jumpa. Rasa marah tu msh ingat sampai dh ada 2 anak.hehe.. craving is real guys. Mengandung anak ke2 xda pula craving. So, depend anak la kot.
entah laaa..mungkin sebelum mengandung, mmg perangai mengada2 tu mmg ade dlm diri2 dia..
x nafikan ank dlm kandungan pn akan mengada2 termasuk mak dia sekali…
so pasni kne cri bakal isteri yg x mengada2 la…
setuju sangat dengan komen mengidam ni mengada-ada je..biase la nak makan macam2.time x mengandung pun ada perasaan tu.tp kalau dah xde,bukan musim,lepas jam 10 malam..tu bukan mengidam,,mengada-ngada n menyusahkan suami/orang lain.istilah mengidam excuse untuk perempuan mengandung nak melantak n gedik
Craving tu mmg betul ade utk wanita mengandung.. saya 4 kali mengandung.. ade cravingnye.. kalau saya nak sesuatu, saya ckp kat husband.. jwpan dia – nanti kita cari ok.. dan saya pun ok.. saya bkn jenis nak dan² tu jgk.. agak² la kan.. takkn tak boleh nak sabar.. asalkn dpt alhamdulillah.. ye tak nafikan sometimes nak cept tp kalau dah mlm nak cari pastu nak merajuk bagai bwk² la istighfar.. jgn ikutkn sgt perasaan tu.. bwk² bersabar.. :-)
Huk aloh.
Haku setuju.mcm aku ckp melayu la yg penuh ngn bende merepek2 tk masuk akal.mengidamla bentanla.huh
aku tak pantang tak apepun selama ni.jamu tkpernah telan.takut aku kang rosak hati aku.aku exercise and mkn vitamin c je utk pulih luka.elok je.tkde pun bentan apa.
Bdn pun slim sihat je tkde mcm acik2 umo 30 tp bdn cam 50 yg selalu guna ayat cliche
” tak pantang time ni tak nmpk lagi.seksok adala sakit2.” Pastu ayat.”pantanggla badan kita nak guna lama” soo boring
Aku lak mase pegnen, bukan semua makanan aku boleh makan. Ada makanan tertentu dan sangat sangat sangat terhad. Yg lain kalau makan sure muntah. So, kalau tak dapat apa yg aku nak makan tu mcm xde mende boleh makanlah. So, pikir positif aje mungkin wife Ayie ni sepesen aku.