fbpx

Momen paling berat buat ibu bapa apabila menghantar anak ke sekolah buat pertama kali. Mana tidaknya, perlu berpisah seketika untuk mereka menjadi insan berjaya.

Perkata itu turut dirasai oleh pasangan selebriti, Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz dimana hari ini mereka menghantar anak ketiga mereka ke sekolah.

BACA: Fizz Fairuz Sebak, Syukur Almy Nadia Tampil Berhijab

Menerusi video dikongsikan, Almu turut menangis ketika bergerak pulang selepas menghantar anaknya ke sekolah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Lebih sebak, Fizz sempat berseloroh mengatakan suatu hari nanti tinggal mereka berdua sahaja dan mungkin akan rumah orang tua apabila anak dewasa kelak serta sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Perkongsian Almy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami perasaan pasangan itu serta pernah melalui perkara sama.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 6, Nurr Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 4. Almy baru sahaja menimang cahaya mata keempat pada Disember lalu yang diberi nama Afrina Aisyah