fbpx

Isteri Keguguran, Amy Search Sekeluarga Redha

Takziah buat Amy Search sekeluarga kerana impian untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila isterinya keguguran. Perkara tersebut dikongsikan oleh Amy sendiri di Instagram dan turut disertakan dengan video.

BACA: Amy Search Kecewa Digelar Anjing

“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dri pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini. Qaqa menangis teresak esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka”

“Moga kami semua redha dgn dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaannya,” luah Amy di Instagram.

Luahan yang cukup menyedihkan itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya berharap agar pasangan ini bersabar dan tabah dengan dugaan yang melanda.

Sebelum ini, Amy pernah berkongsikan rasa gembira mengenai kehamilan isterinya itu selain tidak sabar untuk bergelar bapa pada usia 60 tahun.

Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Penanyi rock lagenda ini turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad. (rtky/s)