fbpx

Isteri Haqiem Rusli Ditegur Panggil Suami Dengan Nama Di IG Live

Selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi Haqiem Rusli dan isterinya Anis Sofea sering menjadi perhatian ramai apatah lagi pasangan itu membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

Baru-baru ini, pasangan itu menjadi tumpuan apabila Anis melakukan sesi IG Live bersama pengikutnya. Menerusi video dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Haqiem sempat menyelit ketika IG Live itu.

BACA: Isteri Haqiem Rusli Nak Menangis Dapat Video Call Dengan Hanis Zalikha

Namun, lebih menjadi bualan turut kedengaran Anis memanggil suaminya dengan nama sahaja serta perkataan ‘kau’.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur tindakan Anis itu serta mempersoalkan adalah lebih baik jika menggunakan panggilan lebih baik sebagai tanda hormat.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan ia tidak menjadi isu untuk memanggil suami dengan nama sahaja asalkan menghormati satu sama lain.

Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Difahamkan, nilai keseluruhan majlis perkahwinan pasangan itu dianggarkan bernilai lebih RM7 juta.