fbpx

Dr Sheikh Muszaphar Bimbang Kerajaan Gopoh Longgar PKP

Seperti diketahui, mulai esok bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimana lebih banyak kelonggaran dibuat. Malah, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi.

Bagaimapaun, keputusan kerajaan itu menimbulkan kegusaran ramai pihak, termasuk angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar yang menyifatkan langkah membenarkan orang ramai keluar esok dibuat terlalu awal.

BACA: Dr. Sheikh Muszaphar Akui Bukan Mudah Jadi Rider

Menurut Dr Muszaphar, meskipun ramai yang mahu meneruskan kehidupan normal namun kerajaan membuat keputusan terburu-buru kerana Covid-19 masih mampu menjangkiti orang ramai.

“Adakah langkah kerajaan mengurangkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat terlalu awal? Saya fikir begitu.

“Walau saya mahu meneruskan kehidupan normal, saya merasakan keputusan dibuat terburu-buru,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar berkata walau PKP Bersyarat berkuatkuasa esok namun beliau tetap tidak membenarkan anak-anaknya keluar dari rumah.

Dalam pada itu, Dr Muszaphar turut menitipkan pesanan kepada orang ramai jangan gunakan PKPB sebagai alasan untuk bebas melakukan apa sahaja, jaga jarak sosial dan kekal di rumah.

“Jangan gunakan masa ini sebagai peluang melepaskan diri. Teruskan penjarakan sosial, kerap basuh tangan dan kekal duduk rumah,” katanya.