Isteri Fizo Omar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsikan isterinya Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, petang tadi.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo bersyukur proses kelahiran bayi perempuan secara normal itu berjalan lancar.
BACA: Mawar Karim Terkejut Fizo Omar Terasa, Akui Masih Single
View this post on Instagram
“Syukur alhamdulillah. Isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada jam 5.57 petang tad di @andorrahospitalofficial.
“Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan secara normal,” tulisnya.
Sementara itu, Fizo menyifatkan ia adalah pengalaman berharga apabila berpeluang menyambut sendiri kelahiran bayinya.
“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. Ya Allah, tak terkata.
“Terima kasih buat doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial di atas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik,” kongsinya.
Mamat poyo ni macam la bini dia sorang nak beranak.semua nk kecoh. Semakla dua ekor ni buudduuuuuhhh
hei jimah.. dia dh interview jawab… ape bangang ko ni
retis2 bukan selalu beranak gleneagles ke? ke A-lister je pergi beranak Gleneagles? jhaahahaha
fuyo sambut baby sendiri. pasni nk masuk mesti pikir juta kali