Isteri Fizo Omar Kesal Netizen Persoal Hamil Jarak Dekat

Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen yang mempersoalkan dirinya sering hamil jarak dekat.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Fazeera menjawab pertanyaan seorang netizen yang mempersoalkan adakah dia tidak letih apabila hamil lagi. 

BACA: “Berdosa Ke Saya Yang Sudah Bersuami Ini Mengandung?” – Isteri Fizo Omar

@iamfizoomar

Replying to @Wendy82

? original sound – Fizo Omar – Fizo Omar

Fazeera turut mempersoalkan mengapa soalan begitu datang dari kaum wanita sendiri serta tertanya-tanya adakah wanita sendiri mahu melihat kaum mereka jatuh.

“Saya sering dihujani dengan soalan tak penat ke hamil, suami tak jaga ke, suami tak kisah kesihatan mental ke?  Kenapa mesti soalan begitu datang dari kaum wanita, adakah wanita sendiri mahu melihat wanita lain jatuh,” katanya.

Sementara itu, Fazeera yang kini hamil anak ketiga berkata dia tidak rasa letih sebaliknya bersyukur kerana mempunyai sokongan yang kuat.

“Saya langsung tidak rasa letih mengandung banyak kali kerana saya ada sokongan yang kuat,” katanya.

Terdahulu, Fazeera menganggap dikurniakan anak yang ramai merupakan rezeki dari Allah dan dia tidak mampu menolaknya.

Pada Mac lalu, Fazeera memaklumkan dia dan Fizo Omar bakal menimang cahaya mata ketiga. Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021.

Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam

×