fbpx

Isteri Diugut, Rumah Tangga Shuk Sahar Kembali Bergolak

Baru sahaja beberapa bulan berbaik, rumah tangga pelawak Shuk Sahar hangat diperkatakan kembali selepas isterinya, Rossalennah Natassyiah mendedahkan menerima ugutan dari wanita yang menggangu rumah tangga mereka sebelum ini iaitu Farah Salleh.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Rossa turut memuat naik paparan skrin mesej wanita itu menghantar gambar sebilah pisau seperti mengugut mahu membunuh diri.

BACA: Isteri Harap Shuk Sedar Selepas Hot FM Tamatkan Kontrak

Dalam satu lagi entri, turut memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk bermadu dan meminta wanita itu supaya menerima keluarganya jika mahu berkahwin dengan suaminya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian Serra seperti keluarga Farah yang tidak mengizinkan perhubungannya dengan Shuk.

Sementara itu, Rossa turut memuat naik entri mengenai persoalan mengapa suaminya tidak meninggalkan wanita tersebut. Katanya perkara itu akan dijawab tidak lama lagi.

Dalam pada itu, menerusi satu video dimuat naik di Insta Story, Rossa turut mendakwa ada pihak cuba menghantar benda syirik kepadanya apabila empat bungkusan yang diikat dengan tali barwarna hijau kelihatan di kawasan rumahnya.

“Saya tidak tujukan video ini kepada sesiapa tetapi siapa yang sanggup lakukan begini? Semoga cepat taubat dan jangan buat perkara syirik nak hantar santau di rumah orang,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Shuk sudah pun berbaik dan berjaya memujuk isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang semula.

Shuk akui menyesal dengan kesalahan dilakukannya serta berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.