fbpx

Isteri Dedah Tanda-Tanda Abam Bocey Sebelum Meninggal Dunia

Sudah dua minggu pemergian Allahyarham Abam Bocey, masih ramai yang bersedih di atas kehilangan insan hebat itu. Malah, banyak kebaikan arwah diceritakan dan disifatkan seorang insan yang sangat pemurah.

Baru-baru ini, Astro Gempak sempat bertemu dengan balu arwah iaitu Siti NurHidayah bersama anak lelaki mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery yang kini berusia lapan bulan di kediaman keluarganya.

BACA: Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim

Seperti diketahui, pemergian arwah Abam sangat mengejutkan dan meninggal dunia kerana demam panas. Bagaimanapun, ada beberapa tanda-tanda sebelum arwah meninggal dunia yang disedari oleh Hidayah.

Hidayah memberitahu sebulan sebelum arwah meninggal, setiap hari arwah meminta untuk masak telur dengan sayur sehinggakan dia bertanya adakah dia tidak jemu makan benda yang sama. Namun arwah mengatakan dia tidak jemu dengan masakan isterinya.

Kata Hidayah lagi, arwah membawa dia dan Hamzah pergi kemana-mana sahaja bahkan ke Johor dan ‘rehearsal’ Maharaja Lawak Mega (MLM) sedangkan sebelum ini arwah tidak pernah membawa mereka.

Menurut Hidayah, tiga hari sebelum meninggal, iaitu pada hari Jumaat arwah ada bercakap dengan rakan-rakannya untuk memohon maaf, katanya, “kalau aku buat salah, aku minta maaf tau.”

Pada hari yang sama, sebelum tidur arwah peluk Hidayah dan Hamzah sambil saling memandang. Arwah berkata, “sayang kalau abang takda, jaga diri, jaga anak tau sambil menangis. Hidayah terdiam tanpa berkata-kata.

Pada hari Sabtu, arwah dan sakit kepala. Ketika Hidayah masuk ke bilik, arwah pegang tangan sambil ulang mengatakan benda yang sama. Ujarnya, banyak kali arwah ulang, “dengar ni abang pesan, kalau abang takda jaga diri dan anak.”

Kata Hidayah, dia sangkakan suaminya hanya main-main sahaja. Kemudian pada hari Ahad, arwah dah mula mengadu tak larat dan sakit kepala sangat.

Sekitar jam 2 pagi, arwah minta untuk mandi sebab rasa panas. Lepas selesai tu, arwah duduk di kerusi sambil cakap dia dah tak larat.

Pada jam 5 pagi, arwah mengatakan mahu berehat dan kebetulan ketika itu Hamzah merengek inginkan susu. Arwah tidur di belakang Hidayah dan apabila bangun Hidayah perasan hidung arwah berbuih.

Ujarnya, dia sangkakan arwah meletakkan tuala yang diberi namun tanggapannya salah kerana ianya memang buih dan apabila dikejut arwah sudah tidak memberi tindak balas.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada 10 Februari lalu akibat demam panas.