Hampir sebulan putus tunang dengan Syafie Naswip, akhirnya Aishah Azman membuka mulut mengenai isu mereka. Aishah menegaskan, konflik berlaku antara mereka tidak ada kena mengena dengan keluarganya.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Katanya lagi, orang luar boleh berkata apa saja tentang perkara itu tetapi mereka tidak tahu perkara sebenar yang berlaku.
BACA: Netizen Dedah Cerita Bekas Tunang Kawal Syafie Naswip?
“Saya tak mahu keluarga saya dibabitkan dengan perkara ini. Semua yang terjadi antara saya dengan dia sahaja, tak ada kena mengena dengan keluarga saya.
“Orang luar boleh berkata apa yang mereka mahu katakan, tetapi mereka tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Aishah memberitahu selepas yang terjadi dia mahu fokus pada kerjayanya dan mahu menjalani kehidupan seperti biasa.
“Selepas berdepan dengan segala perkara ini, saya selesa untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Saya mahu fokus kepada bidang hiburan. Saya ingin memberikan tumpuan terhadap lakonan dan sibuk seperti sediakala,” katanya lagi.
Menurut portal hiburan itu, sesi temu bual terhenti apabila pelakon Afiz Muiz yang juga abang kepada Aishah menariknya untuk beredar.
Terdahulu, Syafie dan Aishah telah bertunang pada awal April lalu namun mengumumkan sudah putus pada bulan Jun. Tidak lama kemudian, timbul pula kes pergaduhan diantara mereka membabitkan ‘status’ Syafie.