fbpx

Isteri Caprice Pernah Hilang Kepercayaan Terhadap Lelaki

Menerusi satu perkongsian di Instagram, isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis berkata dia pernah hilang kepercayaan terhadap lelaki.

Namun, Farra berkata seakan tidak percaya apabila dikurniakan nikmat untuk berkeluarga semula apatah lagi sebelum ini berdepan kegagalan rumah tangga.

BACA: Caprice Pening, Minta Tips Netizen Macam Mana Nak Kata ‘Tidak’ Pada Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ________?ELIS?_______ (@farra_inalis)

“Tak pernah terfikir saya akan merasai detik dan perasaan sesempurna ini. Masya-Allah. Indahnya keluarga kecil saya ini.

“Jujur saya beritahu, saya hilang kepercayaan terhadap lelaki. Saya mudah timbul rasa benci.Nak kata trauma, tak juga. Mungkin sebab terlalu banyak benda pahit yang saya lalui dan pendam sendiri.

“Terlalu berdikari sampai saya fikir memang tak diperlukan lelaki dalam hidup. Ketika itulah, sebab tengah marah kan,” katanya.

Dalam pada itu, Farra berkata lukanya terubat selepas bertemu dengan Caprice serta meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

“Alhamdulillah, segala luka itu terubat dengan adanya insan yang bergelar suami harini, seorang penyayang, bertanggungjawab dan selalu bagi semangat bila saya rasa sedih.

“Bab adik memang tak boleh komen langsung. Dia jaga sepenuhnya macam anak sendiri. Terima kasih untuk segalanya cinta syurgaku,” katanya.

Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Hussni yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu pada 15 November tahun lalu.