fbpx

Achey Buat Kejutan Hadiahkan Isteri Mercedes Benz

Perkongsian isteri kepada pelawak Achey Bocey iaitu Hasanah atau lebih dikenali sebagai Anne menjadi perhatian ramai apabila menerima hadiah kejutan daripada suaminya.

Menerusi video dikongsikan, Achey menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-32 pada April depan.

BACA: Bawa Anak Tengok Keadaan Banjir, Achey Mahu Tiara Lihat Ujian Allah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey)

Menurut Anne, suaminya menghadiahkan kereta tersebut untuk keselesaan keluarga memandangkan anak mereka kini semakin membesar.

Dalam pada itu, Anne turut mengakui berasa sedih apabila terpaksa menjual kereta Audi miliknya yang telah dipakai lebih tujuh tahun.

Anne turut mengucapkan terima kasih buat suaminya di atas hadiah kejutan berkenaan serta mengakan dia akan menjaga kereta barunya itu sebaik mungkin.

Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.