Aizat Amdan Sah Bergelar Suami Elyssa Alia, Pilih Bulan Madu Di Mexico
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Aizat Amdan yang sah bergelar suami kepada pengurusanya, Elyssa Alia dengan sekali lafaz dalam majlis berlansung di Puchong pagi tadi.
Memetik mStar Online, pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Ilias Moidean.
BACA: Pilih Pengurus Sendiri, Aizat Amdan Nikah 14 Ogos Ini
Pada majlis itu, Aizat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pihak pengantin lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran dibalas lima dulang daripada pengantin perempuan.
Meluahkan rasa syukur majlis penikahan berjalan lancar, Aizat menyifatkan perkahwinannya itu merupakan permulaan baru dalam hidupnya.
“Syukur semuanya berjalan lancar. Keluarga dapat berkumpul dan majlis dijalankan seperti dirancang. Ini adalah fasa baru dalam hidup kami. Selepas ini apa saja tindakan dah tak boleh fikir untuk diri sendiri sahaja. Saya ada isteri dan perlu persetujuan bersama,” katanya.
Dalam pada itu, Aizat dan Elyssa merancang untuk berbulan madu di Tulum, Mexico memandangkan ianya lokasi impian mereka berdua.
“Kami pilih Tulun kerana ia lokasi yang sangat cantik. Saya dan isteri sukakan pantaI. Kami rasa ia adalah tempat yang boleh memberi ilham,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Aizat ni anak org kaya ek? Idup pun low profile je xde gigih nk wt kontroversi
Aku suka aizat..tkda nak pompang ..Paling cair tgk persembahan dia yg ganti yuna tu ..minum kopi jeee…
dia anak dato tp x pung pang mcm artis lain…bagus dia low profile.
Nowdays punya Dato’ x semestinya kaya.. but yes Aizat dari family yg kaya