fbpx

Isteri Anda Mungkin Jatuh Hati Dengan Kerusi Meja Makan RM99 Ini!

Bila kali terakhir anda dan juga pasangan pergi keluar bersama-sama? Kalau dah lama tak sama-sama luangkan masa, bolehlah bawa mereka keluar. Sudah berapa lama bukan kita tak dapat keluar sejak musim PKP ini.

Pejam celik pejam celik, sekejap saja sudah bulan 6. Cepat masa berlalu tapi dalam masa yang sama, jangan biarkan cinta anda dan isteri pudar.

Mari kami kongsi sikit beberapa cara yang mungkin dapat menghangatkan kembali cinta anda. Cara yang kami kongsikan ini mudah saja dan tak perlu pening kepala.

1. Bawa Isteri & Keluarga Keluar Jalan-Jalan

Bila fikir bab berkelah atau pun meluangkan masa ini, banyak cara yang kita buat sebenarnya. Tak perlu nak keluar sehingga merentas negeri, cukup sekadar bawa bekal makanan bersama dan keluarlah bersiar-siar di lokasi yang berdekatan.

Lakukan perkara yang mungkin sebelum ini anda dan isteri tak pernah buat, jadikan ia sebagai kenangan baru. Kalau isteri minat bercucuk tanam, bawa saja ke nursery berdekatan. Sekarang pun memang tengah viral pokok-pokok cantik.

2. Beri Hadiah Ringkas Pada Isteri

Tahukah anda bahawa dengan sekuntum bunga ros merah mampu mengubah mood isteri seharian. Itu belum lagi ditambah dengan ucapan romantis.

Jika mampu, mungkin boleh buat kejutan dengan beli barangan kemas atau pun kalau selalu tengok isteri tonton TV yang promosi periuk atau kuali baru itu, bolehlah hadiahkan mereka.

Kejutan sebegini sememangnya sangat buatkan isteri terharu dan akan membuatkan suasana rumahtangga jadi lebih manis.

3. Belikan Isteri Kerusi Meja Makan Yang Bermula Dengan RM99 Ini

Mungkin ramai yang tak perasan tapi ni terjadi dengan pengalaman kami sendiri. Meja makan merupakan salah satu tempat yang paling kerap kita gunakan dalam keluarga.

Boleh dikatakan, meja makan adalah keperluan penting di rumah dan baru-baru ini outlet perabot terkemuka RozeL ada buat promosi yang susah sangat nak ditolak iaitu — dengan pembelian 1 meja makan, anda boleh dapatkan harga kerusi meja makan bermula serendah RM99 sahaja. Boleh jimat banyak,kan?

Bagi yang tak berkesempatan nak ke outlet, boleh cuba Virtual Showroom ini. Boleh tengok dulu perabot secara online sebelum datang ke bilik pameran.

Dan jika dah bersedia nak datang ke sini, boleh tengok dulu di mana bilik pameran terdekat dengan anda di sini.

Kemudian pimpinlah tangan isteri anda dengan kemas ke outlet Rozel yang berdekatan dan berikan mereka masa untuk memilih rekaan yang terbaik di sini.

Rozel juga ada sediakan plan pembayaran mudah tanpa faedah sehingga 24 bulan. Memang peluang terbaik untuk anda meriahkan kembali ruang makan dengan meja dan kerusi baru.