fbpx

Diuji dengan kesempitan hidup sebelum ini, tindakan pelakon Aman Graseka membawa isterinya bersalin di hospital swasta di Sungai Petani, Kedah, pada Rabu lalu mengundang tanda tanya netizen.

Tampil menjelaskan perkara itu, isteri Aman, Nurul Amrina Zamri berkata kos bersalinnya ditanggung oleh seorang pelakon wanita yang enggan didedahkan namanya.

BACA: Isteri Nak Bersalin, Aman Graseka Buntu Cari Duit Selepas Hilang Punca Pendapatan

“Pelakon yang menaja kos kelahiran itu yang cadangkan saya melahirkan bayi di hospital berkenaan. Kalau ikutkan saya dengan abang tak kisah pun untuk bersalin di hospital kerajaan.

“Lagi pula sekarang kes COVID-19 tinggi di Kedah, jadi kita cuba elakkan daripada terdedah kepada jangkitan. Saya ikut saja sebab ini permintaan pelakon tu, sebenarnya tak ada beza pun bersalin di mana sekalipun kerana sakitnya tetap sama,” katanya.

Ditanya siapanya pelakon tersebut, Amrina berkata sehingga kini suaminya tidak mendedahkan mengenai identiti aktres berkenaan.

“Semua hal abang yang uruskan, sejujurnya saya pun tak tahu siapa pelakon yang bayarkan kos bersalin itu.

“Abang kunci mulut tentang hal ini, mungkin dia takut jika saya tahu mungkin saya terlepas cakap dekat orang lain, saya tanya banyak kali pun dia tak mahu. Semoga individu itu dimurahkan rezeki,” katanya.

Terdahulu, ada netizen mempersolakna tindakan Aman membawa isterinya bersalin di hospital swasta kerana tidak selari dengan kenyataan pelakon itu yang sebelum ini kesempitan hidup akibat Covid-19.

Isteri Aman selamat melahirkan cahaya mata kedua merupakan bayi lelaki secara normal pada 3.45 petang pada Rabu lalu.