fbpx

Isteri Aliff Syukri Selamat Lahir Anak Kelima

Tahniah diucapkan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri Datin Nur Shahida yang selamat menimang cahaya mata kelima petang semalam. Bayi tersebut dilahirkan pada jam 5.30 petang di sebuah hospital swasta.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Aliff menerusi Instagram miliknya. Bagaimanapun, pasangan itu masih belum memaklumkan jantina serta nama bayi yang baru dilahirkan itu.

BACA: Isteri Tak Senang Aliff Syukri Dapat Pembantu Wanita Baru

Menerusi Insta Story, Nur Shahida meluahkan rasa syukur proses kelahiran anak kelimanya itu dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Diruangan komen perkongsian Aliff Syukri, rata-rata netizen bertanyakan tentang jantina bayi berkenaan dan ada beberapa komen mengatakan pasangan itu menimang cahaya mata perempuan.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga kesihatan Nur Shahida dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel Aliff Syukri Junior!