fbpx

Isteri Aliff Syukri Dedah Ada Individu Minta Belikan iPhone 14 Pro Max

Perkongsian isteri kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menjadi perhatian apabila mendedahkan meneriam mesej daripada seorang individu yang momohon bantuan.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Shahida turut memuat naik mesej yang dihantar oleh individu berkenaan.

BACA: “Saya Dah Nasihat, Dia Bukan Budak-Budak Yang Saya Kena Pantau” – Datin Shahida

Apa yang mengejutkan, individu tersebut meminta Shahida untuk membelikan telefon bimbit model Iphone 14 pro max. Menurutnya, telefon itu mahu digunakan untuk urusan perniagaan.

“Belikan saya Iphone 14 pro max boleh tak, saya teringin nak pakai Iphone. Hari itu dah kumpul duit, tapi duit saya hilang. Saya sedih sangat.

“Saya beli iPhone untuk labur dalam perniagaan. Saya nak sangat buka bisnes. Nak buka kedai macam Datuk dan Datin. Moga Allah permudahkan urusan Datin ya, ini nombor akaun bank saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shahida menulis di kapsyen memohon maaf kepada individu itu kerana tidak dapat menunaikan permintaan tersebut. Malah, Shahida berkata dia sendiri masih memakai telefon model lama dan sudah lama tidak bertukar.