Melihatkan cara penulisannya membalas komen netizen di media sosial, ramai menyangkakan pelawak Ali Puteh seorang lelaki yang garang dan bersikap tegas. Apatah lagi, Ali tidak hanya akan berdiam diri jika ada netizen yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya.

Namun, isterinya Melati Fitri mendedahkan suaminya tidak terlalu garang tetapi sebenarnya seorang lelaki yang berprinsip dan tidak mudah putus asa mengejar impian.


BACA: Ali Puteh Mengamuk Netizen Mengata Pasal Anak

“Awak rasa dia macam mana?? Ramai yang kata dia garang tapi tak la garang sangat sebenarnya. Dia ngorat time sekolah dulu. Dia punya prinsip selagi dia tak dapat selagi tu lah dia try,” jawabnya.

Melati mendedahkan perkara itu ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya yang ingin mengetahui perangai sebnar Ali dan caranya memikat isteri masa awal perkenalan.


Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak dan Melati mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata namun anak kedua mereka meninggal dunia akibat kompilasi jantung.