fbpx

Ali Puteh Mengamuk Netizen Mengata Pasal Anak

Meskipun isu pembahagian harta peninggalan abangnya, Allahyarham Abam Bocey sudah pun selesai, namun pelawak Ali Puteh masih lagi menerima komen negatif daripada netizen.

Walaupun sebelum ini bertindak berdiam diri, bagaimanapun, Ali Puteh tidak dapat menahan sabar apabila ada segelintir netizen meninggalkan komen negatif pada foto anak lelakinya, Syed Umar Iskandar yang baru sahaja berusia dua bulan.

BACA: Ali Puteh Pilih Untuk Maafkan Netizen

Menerusi foto bersama anaknya itu, ada netizen meninggalkan komen sindiran berharap anaknya itu tidak mengikut ‘perangai’ si bapa dan kenyataan netizen itu turut disokong oleh individu lain.

Berang dengan kata-kata netizen itu, Ali tampil membalas komen berkenaan memberi peringatan supaya tidak mengaitkan anaknya serta tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

 

“Mulut jaga sikit, jangan main bangsat kat sini. Anak aku kau kata tu. Aku pesan lagi sekali, anak aku kau kata tu. Kau bagus sangat ke?

“Makan penampar mulut tu pecah nanti. Jangan kata anak aku makcik, esok makan penampar lurus mulut tu makcik. Pergi sembahyang doa panjang umur. Esok-esok nak mati dah,” balasnya.

Dalam pada itu, ada netizen meluahkan rasa kesal terhadap sikap individu berkenaan kerana melibatkan anak kecil yang tidak bersalah serta menasihati Ali agar tidak menghiraukan pihak yang melemparkan komen negatif.

Terdahulu, Ali dan isteri sebelum ini diuji apabila anak perempuan kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.