“Isteri Adalah Jodoh & Teman Sejiwa, Bukan Pembantu Rumah”
Kesetiaan menjaga isterinya Norhidayah Yusri, yang lumpuh sejak 16 tahun lalu, pelakon Edika Yusof enggan mengulas pujian netizen yang membandingkan dirinya dengan orang lain.
Menurut Edika, dia tidak selesa apabila ada isu berkaitan rumah tangga selebriti, netien akan membandingkan dengan kisahnya.
BACA: Sambut Anniversary Ke-18, Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh
“Semua orang akan melalui dugaan masing-masing. Setiap perkahwinan juga ada dugaannya tersendiri.
“Bagi saya perkahwinan ialah tanggungjawab bersama dan susah senang kita mesti hadapi bersama. Isteri adalah jodoh dan teman sejiwa, bukan pembantu rumah.
“Bersama kita berkongsi tanggungjawab termasuk rutin harian, jaga anak, kerja-kerja rumah dan juga memasak,” katanya kepada Harian Metro.
Pelakon berusia 43 tahun itu berkata adalah tidak adil jika netizen menyentuh isu rupa dan kesetiaannya terhadap isteri dengan selebriti lain kerana siapa kita untuk menilai seseorang.
“Rupa tidak memainkan peranan. Setiap orang mempunyai cara dan pemikiran yang berlainan. Siapa kita untuk menilai mereka kerana kita juga tidak sempurna
“Apa yang boleh saya katakan di sini, mungkin saudara (selebriti) kita ada masalah tersendiri. Biarlah kita sama-sama belajar daripada kesilapan dan doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.
Tidak menyangka perkongsian menyambut ulang tahun perkahwinan ke-18 tular di media sosial, Edika berkata dia setia menjaga isteri kerana cinta dan kasih sayang serta cuba menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
“Sejujurnya saya jarang buat hantaran berkenaan isteri saya. Tak sangka pula hantaran berkaitan ulang tahun perkahwinan kami menjadi tular.
“Berkenaan perkara ini, saya setia menjaga Isteri. Bagi saya, sebagai suami saya cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
“Bagi saya tanggungjawab adalah perkara utama dan keduanya disebabkan perasaan cinta dan kasih sayang. Saya bersyukur Allah panjangkan jodoh kami dan juga Allah berikan kami kekuatan dalam mengharungi dugaan ini,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Patut jadi contoh buat insan bernama Dr Adam.
This is another level of mentality! Syuk sila hadam!!!!
Satu dalam seribu. Sudikah daddy memperisterikan sya?
gatal pepet kew erina?
I sanggup jd gundik you yg ke seratus pun xpe…
sbb tu byk pompuan suka yg berumur…
yg muda2 asyik layan pubg jer ahaa ko cuci la spender dia…jd babysitter.
SYUK, PU PU PU DAN SEANGKATAN JANTAN2 TAK GUNA… TERMASUK PENYONDOL… SILA HADAM!
Kalau banding paras rupa dgn jantan2 yg kecuh viral dgn skandal dlm RK ni mmg jauh la. Mesti mak pak dia ni jd contoh yg baik utk Edika ni. Dari mana dtg baka yg baik kalau tak pada org tuanya?! Anak2 bujang Edika ni nnt bakal jd rebutan laa bila besar nnt…
bam edi memberi kn sinar harapan pd i tuk cari jantan berkualiti.
donia kahir zaman yg muka pecah tembok tu la makin gatal miang.
Berita cmni la min ada gak pekdah. Ni cite psl geng budu lotion 1k sapu bontot apa kejadah nyehh
Eiii…. Please k, ramai yg ckp muka dr Adam mcm muka edika yusof time dia muda… Dan kalo hannah delisya jadi isteriku, akan ku jaga dia walaupun aku berkerusi roda dan kasut roda. Lgpun gaji aku sebagai doktor boleh menjaga hannah delisha k.
Thanks kerana mmberi saya harapan tntg true love.. ini la yg patut jd hero LELAKI KIRIMAN TUHAN.
sian tgk isteri yg buat kerja rumah sendiri.. masak, basuh baju sidai, nyapu.. tok laki baring depan tv smabil ketik2 hp.. ada tu pinggan mkn pun x pernah basuh sendiri.. sian ke bini.. betul2 mcm pembantu rumah dibuatnya
abg edika masa muda posing tepi kolam renang….poster besau lg…majalah pe da…lupa…
Hensem dia ni. Jika berlakon watak ala2 Richard Gere mesti best. Tapi takut ada lak yg nak menyondol bila dh selalu sweet2 dkt set. Moga2 kuat la hati abam ni
Ramai nye betina garikk miang gatai bijik
Kalau cakap dia 43 pun orang percaya sebab hensem dan wajah berseri suami mithali. sebenarnya umoq dia 53 kawan2 takdak skali pun dia pi cari betina
Tugas mak2 didik ank lelaki , ringan tulang buat keja di rumah dan bina mereka menjadi lelaki pencinta wanita yg bertanggung jwp.