Isteri Achey Tiru Tokti, Aktif Berbasikal Untuk IVF
Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, sebelum ini Achey Bocey meluahkan hasrat untuk memilik anak sendiri dan mahu menjalani rawatan kesuburan melalui proses ujian persenyawaan In Vitro (IVF) bersama isterinya, Nor Hasanah.
Terbaru, Achey berkata isterinya perlu mendapatkan berat badan yang ideal terlebih dulu sebelum menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). Malah, isterinya kini aktif dengan aktiviti berbasikal seperti yang dilakukan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum melakukan prosedur IVF.
BACA: Teringin Anak Sendiri, Achey & Isteri Nak Buat Rawatan IVF
“Untuk buat IVF ini, orang rumah saya kena utamakan kesihatan dirinya dulu. Dia kena turunkan berat badannya. Kena steady dulu.
“Benda yang dia ikut adalah macam Tokti. Tengok macam mana Tokti nak dapat Aafiyah, sukan tak berhenti. Itu yang dia berbasikal untuk kuruskan badan sedikit,” katanya kepada Gempak.
Menurut Achey, prosedur rawatan tersebut kemungkinan akan dilakukan paling awal pada tahun depan. Meskipun tahu ada kemungkinan prosedur IVF gagal, namun dia dan isteri akan tetap meneruskan rawatan tersebut.
“Orang rumah saya pun dah bersedia. Saya tetap akan teruskan (walau tahu ada kemungkinan boleh gagal). Kami sudah hampir 10 tahun tak ada hasil. Jadi, sekurang-kurangnya kita mencuba.
“Kalau gugur sekalipun, sekurang-kurangnya ‘benda’ itu dah duduk dalam (rahim). Setidak-tidaknya merasa,” katanya.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
- SUMBER
- Astro Gempak
Buat IVF ni elok diam2 je dulu…sebab nanti tahun depan org asyik tanya itu ini. Nanti stress pulak. InsyaAllah bila buat dan semua dah okay, berjaya dan kandungan selamat ke tahap 3 bulan lebih barulah announce. Mungkin saya bukan artis so cara jaga privasi saya lain.. Apa2 pun good luck dan semoga berjaya dapat zuriat. Preparation itu penting.
Bagus jgak la dia bsungguh2 nak jaga kesihatan… semoga berjaya
Yang penting usaha
Good luck achey n wife.sbg hmba usha dlu,yg lain trserah pd Nya.jgn brhnti brdoa.awk suami yg baik dn sntiasa mmbhagiakn wife.
Kesian…takpelah bagus jugak jaga kesihatan…apapun semoga berjaya…Aamiin…
Konek lembek laki dia ni…pancut meleleh.mana nak ngandong..kena plak bini gemok mcm ni. Susah nak masuk dlm2 sbb lemak keliling vagina..bau busuk mcm palat.