Ismail Izzani Tak Nak Sorok Kisah Cinta
Walaupun masih muda, namun penyanyi Ismail Izzani enggan merahsiakan hubungan cintanya bersama penyanyi baru, Shalma Eliana kerana baginya ia bukan suatu perkara yang salah hingga perlu disembunyikan.
Mengenali Shalma sejak di bangku sekolah lagi, Ismail berkata keluarganya juga sudah maklum dengan perhubungan mereka berdua. Ujarnya, memandangkan kekasihnya masih baru dalam industri, mereka banyak berkongsi soal kerjaya.
BACA: Ismail Izzani Ada Sebab Kukuh Rakam Muzik Video Dalam Gereja
“Apabila terbuka, kami dapat berkongsi lebih banyak dan apa yang dikongsikan di laman sosial bukan benda buruk. Saya tahu ia tetap ada sisi negatif dan positif, mengikut cara seseorang memandang sebab pandangan setiap orang berbeza.
“Sesetengah orang positif akan nampak kami saling memberikan motivasi antara satu sama lain, apatah lagi kami dalam industri yang sama.
“Memandangkan Shalma masih baru dalam industri dan dia pun sedang membina nama, jadi kami lebih banyak berkongsi soal kerjaya. Malah, kami sentiasa mengingatkan diri perlu fokus pada diri dan kerjaya dahulu,” katanya.
Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ismail berkata pada awalnya dia sangkakan Shalma seorang yang bercita rasa tinggi namun apabila mengenali lebih dekat rupanya kekasihnya itu seorang gadis yang ringkas.
“Awalnya, saya ingatkan Shalma seorang yang bercita rasa tinggi. Waktu kami di tingkatan 3, saya pernah keluar dengannya bersama rakan lain dengan hanya berbekalkan RM20 dalam poket. Saya tiada keyakinan nak bercakap dengannya ketika itu.
“Bagaimanapun, Shalma ada menghantar mesej langsung (DM) pada 2018. Dia memberitahu lagu ‘cover’ pertamanya adalah lagu saya, Sabar. Saya teruja sebab daripada tingkatan 2 saya memerhatikannya.
“Dari situlah, kami mulai berhubungan dan apabila bertemu. Saya terkejut kerana Shalma seorang yang ringkas. Keperibadiannya juga bersahaja, itulah yang membuatkan saya tertarik,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Girl yg Anju cakap ko hangkut masuk hotel tak bayar Anju yg mana pulekks ??
Cer cita, cer cita.
kamu tak nak sorok kisah cinta, dan saya, tak nak kisah walau secebis pun
Dua dua tak berpelajaran, masa depan pasti gelap bila populariti dah merudum…nanti bila terdesak mintak bantuan kerajaan. Muka pun dah cop muka subsidi…
Kapal Selam. Tak baik tuduh. Kan mak dia cakap anak dia anak baik tak buat perkara macam tu.
baiknya dia. dah lah belajar di kelab malam dgn perempuan tua seksi telanjang tu.
anak datuk datin kaya katakan 10 keturunan tidak habis hartanya..
pelajaran x penting yg penting ada duit emakbapak
Bdk Kelab Malam. Jangan buat fitnah itu ini. Apa bukti?
Dh ada duit utk sara bini, ko nikah je dgn bdk pompuan tu. Setel. Xde org kisah ko nak berkepit kulu ke hilir dgn bini ko. Sekolah spm ke degree ke phd tu hang punye prerogative, walaupun secara peribadi aku cadang ko smbung bljr cari ilmu. Ada beza nya org berilmu dgn yg tidak. Mungkin x de rezeki jd jutawan, tp org berilmu siasahnya berbeza. Sbb tu islam suruh cari ilmu dan ayat Alquran pertama ialah BACA LAH.. deep sekali maksud surah itu. #donetazkirahisnin