fbpx

Ismail Izzani Dedah Punca Tak Mahu Duduki SPM

Gagal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, penyanyi muda, Ismail Izzani yang namanya semakin menyinar ini menegaskan bahawa dia tidak mahu mengambil peperiksaan tersebut pada tahun ini dengan sebab-sebab tertentu.

BACA: “Saya Suka Stalk Gadis Berhijab Di Media Sosial”

“Saya mahu mengambil jurusan komunikasi media kerana saya cenderung ke arah itu selain muzik. Ikutkan, saya cukup berminat untuk menjadi pengacara atau menceburkan diri dalam bidang berkaitan”

“Jadi, lebih baik saya mendaftar di IPTS yang menawarkan kursus tersebut. Sekarang ini, memang ada institusi yang mengambil pelajar walaupun tanpa memiliki SPM,” jelasnya kepada Utusan Online.

Selain itu, Ismail juga percaya dengan rezekinya walaupun mengakui dirinya tidak sehebat dengan penyanyi lain. Apa yang penting baginya adalah setiap usaha diiringi dengan doa.

“Saya terima setiap kritikan dengan hati yang terbuka bagi memperbaiki kelemahan diri,” katanya. (rtky/s)