fbpx

Ismail Izzani Akui Semakin Serius Berlakon Gara-Gara Nabila Razali

Pada awalnya hanya mahu mencuba nasib apabila bergandingan bersama penyanyi Nabila Razali dalam sebuah drama, penyanyi Ismail Izzani mengakui dia mula serius dalam bidang lakonan.

Menurut Ismail, sebelum ini dia bersetuju terima dua tawaran berlakon selepas mengetaui Nabila membintangi dalam drama berkenaan. Bagaimanapun, Ismail berkata dia perlu mencabar diri apabila perlu berlakon dengan pelakon lain.

BACA: Ismail Izzani Tak Tinggal Solat Untuk Elak Perkara Negatif

“Awal-awal dulu saya belakon sekadar untuk ambil pengalaman sahaja lebih-lebih lagi apabila mengetahui Nabila Razali merupakan salah seorang pelakon dalam drama itu.

“Dia punca saya bersetuju. Mungkin sebab kami dah saling kenal, jadi proses penggambaran itu berjalan lancar dan saya tak rasa kekok. Tapi sekarang ini apabila perlu bergandingan dengan pelakon lain saya kena cabar diri untuk mencuba,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ismail berkata dia bersedia mempelajari teknik lakonan demi memperbaiki mutu lakonan. Malah dia turut belajar dari sahabat baiknya iaitu Naim Daniel.

“Sekarang ini saya sedang belajar perlahan-lahan mengenai ilmu lakonan. Industri hiburan ini luas dan bagi saya rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk.

“Kalau ada rezeki dalam bidang ini saya terima sahaja dan akan terus belajar dari kesilapan. Saya mahu serius mencari ilmu lakonan. Cuma harapan saya penonton akan terima lakonan saya walaupun mungkin nampak kayu sedikit,” katanya.