fbpx

Isma Yusoof Akui Suka Lelaki Maskulin

Namanya pernah popular satu ketika dahulu, baru-baru ini perkongsian pelakon dan pengarah Isma Yusoof mengejutkan ramai apabila mengakui dirinya seorang transgender.

Tidak peduli dengan kecaman yang dilemparkan masyarakat terhadap dirinya, pelakon berusia 38 tahun itu berkata dia ingin menjadi diri sendiri dan tidak mahu berpu-pura di depan orang lain.

BACA: “Ya Allah, Rasa Hidup Bila Ada Tattoo”

Menerusi perkongsian video itu, Isma turut mengakui dia hanya tertarik pada lelaki sahaja. Dalam pada itu, Isma menegaskan meskipun dia mengakui dirinya pondan namun dia tidak mahu menukar jantina atau menjalani pembedahan untuk kelihatan seperti perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?? ? ? (@ishmaryarai)

“Ada yang persoalkan suara saya, cakap muka saya ini muka jantan. Tak macam Sajat atau pondan-pondan yang makan hormon.

“Kenapa nak kena makan hormon? Bila korang tak terima transgender ini korang hanya terima wanita dan lelaki, itu yang pondan ramai makan hormon.

“Potong itu, potong ini, operate sana sini menjadi wanita untuk masyarakat terima. Saya gembira dengan wajah, badan dan suara saya,” dedahnya.

Kata Isma lagi, sebelum ini ada wanita cuba kembalikannya sebagai lelaki namun dia menolak dan terima bahawa dirinya adalah seorang transgender.