fbpx

Irma Hasmie Sah Bercerai 6 Bulan Lalu

Spekulasi rumah tangga pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer akhirnya terjawab apabila perkahwinan pasangan itu sudah pun berakhir enam bulan lalu.

Perkara itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Insta Story yang kemudian dikongsikan oleh pengacara yang juga penceramah motivasi, Amin Idris di IG Story.

BACA: “Mohon Doa Supaya Allah Permudahkan Segala Urusan Saya & Anak-Anak”

“Bagi menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma serta Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).

“Buat pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas. Dengan persoalan yang sudah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” kongsinya.

Dalam perkongsian itu, rakan baik Irma memaklumkan pelakon itu bersama dua anaknya dalam keadaan baik serta bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.