Nampaknya isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mahir dalam memasak. Sebelum ini sambal sotong dipuji oleh kakaknya, kemudian taufu fa buatan Ira pula dipuji.
Terbaru, Ira menunjukkan skil memasak makanan barat di Insta Story apabila memuat naik gambar hidangan stik sirloin bersama sos lada hitam dan kenteng lecek hasil air tangannya.
BACA: Kakak Puji Ira Kazar Pandai Masak Sejak Berkahwin
Sebelum ini, kepada Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar memuji kehebatan adiknya itu yang hebat beraksi di dapur selepaa mendirikan rumah tangga dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Yasmin memuji adiknya itu serta dalam masa yang sama pujian tersebut adalah pembakar semangat untuk Ira terus belajar memasak.
Pada awal Julai lalu, kes saman antara pelakon Puteri Sarah dengan bekas madunya Ira Kazar serta dua ahli keluarganya selesai di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik di luar mahkamah dan mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan itu.