fbpx

“Iqram Dinzly Punya Pemikiran Halus” – DUKE

Datuk Ustaz Kazim Elias gembira bertemu empat mata dengan Iqram Dinzly dan Johan As’ari, apalagi Iqram yang kebelakangan ini sering mencetuskan kerisauan. Selepas berbicara dengan pelakon itu, Ustaz Kazim berpendapat Iqram mempunyai pemikiran yang halus.

BACA: “Saya Menari Bersama Untuk Hiburkan Iqram Dinzly”

“Menerima kunjungan Iqram, sudah lama tak jumpa dia, syukur dia sihat, okey sangat. Lama jugak borak dengan dia tadi. Halus pemikiran dia. Saya sampaikan juga nasihat kepada dia. Ceria dan sejuk memandang mereka”

“Insya-Allah, Johan akan belajar di Al-barakah begitu juga dengan Iqram cuma, dia perlu menemani ibunya yang masih dalam edah. Tahniah Iqram dan Johan. Saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat,” katanya kepada portal Malaysian Digest.

Tidak pasti pula kami apakah maksud tersirat Ustaz Kazim itu, tetapi bila mendengar Iqram bakal belajar di sekolah Ustaz Kazim lega rasanya hati. Sekurangnya beliau belajar dengan seseorang yang hebat dalam ilmu agama.

Sebelum ini aksi pelik Iqram turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menyuruh beliau lebih mendekati Yang Maha Esa, dengan mempelajari ilmu agama yang betul. (rtky/w)