fbpx

“Saya Menari Bersama Untuk Hiburkan Iqram Dinzly”

Tidak menyangka video menari bersama Iqram Dinzly tular, Johan As’ari memberitahu kunjungan beliau ke rumah sahabatnya itu kerana ingin bertanya khabar. Manakala video tarian itu pula dibuat hanya suka-suka.

BACA: Ibu Nafi Iqram Dinzly Tak Siuman, Sesat

“Rancangan saya pada awalnya untuk berjumpa Datuk Ustaz Kazim Elias di Ipoh, jadi dalam kesempatan itu saya singgah berjumpa dengan Iqram di rumahnya. Saya menari suka-suka sahaja untuk hiburkan Iqram dan saya sedar tentang rakaman secara langsung itu”

“Saya minta maaf dan tidak sangka pula orang salah tafsir sehingga menjadi tular. Bagi saya dia okey sebenarnya, cuma perlu beri sedikit masa kerana ibunya yang masih dalam edah akibat kematian suami,” jelasnya kepada m Star Online mengenai video tersebut.

Video tarian itu mula menjadi tular apabila mendapat ratusan komen peminat yang merasakan Johan turut sama tidak waras seperti sahabatnya. Bagaimanapun bagi Johan, Iqram berkeadaan baik sahaja dan perlu diberikan masa untuknya selepas kematian bapa tercinta.

Dalam masa yang sama, Johan yang dalam perjalanan ke rumah penceraman bebas, Ustaz Kazim Elias, turut membawa Iqram bersama menziarahi. Setakat ini ramai mengatakan Iqram sihat saja, mungkin betul beliau masih waras. (rtky/w)