fbpx

Iqram Dinzly Pakai ‘Lingerie’ Seksi, Gaya Menggoda Sambil Selawat

Nampaknya, baru-baru ini nama pelakon Iqram Dinzly sekali lagi menjadi bualan ramai apabila didakwa mempersendakan alunan selawat ketika Live di aplikasi Bigo.

Difahamkan, video tular itu dimuat naik semula oleh pengguna TikTok memaparkan pelakon itu dipercayai memakai lingerie seksi sambil memasang selawat nyanyian Raqib Majid. Malah, dapat dilihat pelakon itu turut mengalunkan selawat berkenaan.

BACA: Kembali Berlakon, Iqram Mahu Buktikan Dirinya Tak Gila

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut melihat aksi berkenaan serta mendakwa ianya satu penghinaan.

Dalam pada itu, ramai yang menegur dan mempersoalkan tindakan pelakon itu serta berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya.

Tidak kurang juga ramai menasihati pelakon itu tiada masalah untuk berzikir namun biarlah memakai pakaian sopan dan meluahkan rasa bimbang jika tindakannya itu menjadi ikutan.