fbpx

Iqram Dinzly Kini Muflis, Hutang RM77,000

Lama tak mendengar khabarnya, tiba-tiba sahaja Iqram Dinzly mendedahkan dirinya sudah diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.

BACA: Bawa Pisang Ke Kubur, Iqram Dinzly Timbulkan Persoalan

“Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima. Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa”

“Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal. Apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja”

Menurut Iqram, pihak mahkamah telah mengarahkan beliau untuk membayar jumlah itu dalam masa dua bulan. Bagaimanapun hasratnya untuk berbincang gagal dan memaksa dirinya membayar RM77,000 dalam masa 10 hari.

“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan LHDN. Dapatlah kurangkan RM67,000. Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi”

“Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar. Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,” katanya. (rtky/w)