fbpx

Bawa Pisang Ke Kubur, Iqram Dinzly Timbulkan Persoalan

Bukan mudah untuk memahami seorang Iqram Dinzly yang pernah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi sepanjang tahun 2018 ini. Baru-baru ini, Iqram telah menziarahi kubur arwah bapanya namun netizen tertanya-tanya mengapa dia membawa seikat pisang bersama.

BACA: Komen Dada Uqasha Senrose, Iqram Dinzly Dikecam Teruk

Melalui laporan Media Hiburan, Iqram didakwa telah berkunjung ke pusara arwah bapanya. Selain membacakan Al-Fatihah, Iqram jug dilihat turut memperdengarkan lagu-lagu berunsur ketuhanan di kubur tersebut.

Selain membawa pisang, dia juga dilihat sempat memakan pisang tersebut. Terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan perlakuan tersebut namun menerusi muatnaik gambar seterusnya di Instagram, Iqram menjelaskan apa yang dihadapinya kini.

Mungkin sebenarnya Iqram membawa pisang ke kubur adalah untuk makan sendiri, itu kita tidak tahu. Namun apa-apa pun, segala perlakuan dan jugak kerenah pelakon lelaki ini seringkali menjadi perhatian ramai. (rtky/s)