Iqbal Zulkefli Sambut Hari Jadi Anak Datin Seri Noniswara, Netizen Kata Baru Sepadan
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memuat naik gambarnya dengan pelakon meningkat naik, Wafariena Roslan di Instagram.
Bagaimanapun, Wafariena mengakui tidak selesa apabila dikaitkan dengan Iqbal, mahal ibu kepada aktres itu juga turut meluahkan rasa kecewa terhadap Iqbal.
BACA: “Saya Bukan Nakkan Wafa Pun, Saya Ada Standard Perempuan Yang Saya Mahukan” – Iqbal
View this post on Instagram
Baru-baru ini, perkongsian Iqbal sekali lagi menjadi perhatiab apabila memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran sahabat baiknya yang bernama Erysha Emyra.
Difahamkan juga, sahabat baiknya itu merupakan anak kepada pelakon veteran terkenal, Datin Seri Noniswara dan menyambut ulang tahun kelahiran gadis itu di sebuah restoran. Dalam video tersebut, Iqbal dilihat membeli seutas gelang emas dan kek hari jadi khas buat Erysha.
“Meraikan ulang tahun kelahiran sahabat saya, Erysha Emyra. Jarang sekali saya menyambut hari ulang tahun kelahiran, kali ini bersama anakanda Datin Seri Noniswara, pelakon dan juga sahabat saya.
“Semoga ikatan silaturrahim kita bertambah erat. Menjadi sahabat dunia akhirat. Terima kasih Datin Seri Noniswara dan keluarga Erysha sudi jemput saya.
“Semoga Erysha terus maju dan gapai segala impian yang terhasrat. Terus berdiri dengan hati yang baik dan disayangi ramai orang. Doakan kebaikan buat mereka ya?” tulisnya.
Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat Iqbal dan Erysha dilihat sesuai untuk menjadi pasangan serta mendaoakan agar mereka dijodohkan.
Aku sebenarnya tak tahu sape datin noni ni tp aku selalulah baca kisah mamat IQBebal ni. Dia ni ada je mencelah tak kira ngan bibik indon ke, janda ke janji kuar RotiMiskin. Founder lah, jutawan sensasi lah yg dipropa oleh RotiMiskin apa keja sebenar mat budu ni. Bukak warung tomyam pun tidak jual nasi kelabu pun tidak dok asyik mencelah je.
LAAA iqball ni baru umoq 28tahun … hahahah ingatkan dh 35.. all the best iqbal… smg kali ni btl2 jadi jodoh yee
Useless and bebal pun boleh berlakon .
Ingat beli Tiffany ke Cartier’s ke … Ni tomei aje …low std …
..qebal ni kalo dedulu tak buat hal ada gossip ngan vida mulut lebar luas tu, takde la orang kecam sangat..tapi tu la..kalo tak gossip tak la pulak fofular..