fbpx

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memuat naik gambarnya dengan pelakon meningkat naik, Wafariena Roslan di Instagram. 

Bagaimanapun, Wafariena mengakui tidak selesa apabila dikaitkan dengan Iqbal serta turut mempersoalkan motif usahawan itu yang secara terbuka tiba-tiba mahu mendekatinya.

BACA: “Rasa Seperti Dihempap Batu Ke Muka Bila Wafariena Hentam Saya” – Iqbal Zulkefli

Memetik mStar Online, Iqbal meluahkan rasa terkilan apabila dikatakan sengaja mencari publisiti murahan dengan berkongsikan gambarnya dengan aktres itu di media sosial

Menurut Iqbal lagi, dia menyifatkan Wafariena bersikap tidak profesional kerana bukan aktres itu sendiri yang memberikan jawapan sehingga perkara itu menjadi bualan ramai.

“Saya paling terkesan apabila ibu Wafa yang memberikan jawapan… kenapa bukan Wafa sendiri? Beritahu dan jujur saja… saya pun ada juga pengurus di belakang saya tapi kita ni bukanlah tahap macam Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa untuk serahkan kepada pengurus jawab sahaja sendiri.

“Jawab dan berdepan sendiri, kita buat perkara tu secara profesional sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal turut menegaskan dia tidak pernah mengurat Wafariena serta mengatakan aktres itu bukanlah gadis idaman yang dia mahukan.

“Tidak pernah sekali pun saya mengurat Wafa! Jujur saya beritahu saya bukan nakkan Wafa pun! Wafa kena tahu yang saya tiada perasaan pun terhadap Wafa dan saya pun ada standard dan kriteria perempuan yang saya mahukan,” katanya.