Penyanyi dan usahawan sensasi Iqbal Zulkefli meluahkan hasratnya untuk mengambil seorang lagi anak angkat. Namun Iqbal berkata kali ini dia mencari bayi berbangsa India untuk dijadikan anak angkat keduanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal berkata dia mencari bayi berbangsa India bukan kerana konten dan dia sudah membuktikan apabila anak angkatnya, Ziyad membesar dengan baik.
BACA: Sedar Ramai Wanita Suka Lelaki Kurus, Iqbal Nak Potong Usus
View this post on Instagram
“Maaf ini serius bukan untuk konten. Harap dapat bezakan. Waktu saya cari anak angkat pertama dulu pun orang cakap saya tak betul.
“Tetapi sekarang saya sudah buktikan Ziyad membesar dengan baik setiap hari dengan saya sampailah sekarang usianya hampir dua tahun,” katanya.
Sementara itu, ada netizen bertanyakan lebih baik jika mengambil anak-anak yatim di Jabatan Kebajikan Masyarakat namun Iqbal berkata proses tersebut tidak mudah kerana ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan anak angkat.
Turut menjadi perhatian, ada yang memberi cadangan agar Iqbal berkahwin dengan Inspektor Sheila dan InsyaAllah akan dikurniakan zuriat sendiri.