Penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli menyatakan dia mahu cepat kurus serta ingin melakukan pembedahan bariatrik atau potong usus.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Iqbal berkata dia mahu kurus demi kesihatan diri serta selepas membaca komen wanita lebih suka lelaki kurus.
BACA: Iqbal Tak Sangka Mak Nyah Lebih Memahami Dari Wanita Tulen
Sementara itu, Iqbal berkata dia sanggup melabur wang ringgit yang banyak dan akan usahakan berapa saja kos diperlukan untuk melakukan prosedur berkenaan.
Dalam pada itu, Iqbal berkata dia serius dan mencari mana-mana pihak atau doktor untuk menghubunginya dengan segera untuk melakukan prosedur tersebut.