Iqbal Zulkefli Mahu Taja Gegar Vaganza Musim Depan
Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk menaja program realiti terkenal, Gegar Vaganza, musim hadapan.
Menurut Iqbal, dia sudah mengintai peluang untuk menaja program berkenaan sejak awal tahun lalu namun tiada rezeki untuknya.
BACA: Iqbal Zulkefli Beli Pen Harga RM75,000 Sebatang Gara-Gara Stress
“Sepatutnya tahun ini saya nak taja GV, saya sudah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen tapi sebab sudah ada penaja lain yang ambil dahulu jadi terlepaslah peluang itu,” katanya.
Kata Iqbal lagi, dia melihat GV adalah platform terbaik untuknya bagi mempromosikan produk. Katanya, dia sudah lama berniaga namun ramai tidak tahu produk apa dijualnya.
“Dalam banyak-banyak program hiburan saya nampak GV ada pasaran luas, memang sudah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk… kalau taja program Islamik atau ilmiah kurang sambutan penonton.
“Saya dah berniaga selama empat tahun dan bayar beberapa program di stesen TV lain tapi macam ramai orang belum tahu apa produk saya jual, maklumlah orang kita ni tak nak tengok program ilmiah,” katanya.
Jelas Iqbal, dia mahu menaja program GV itu bukan mahu bersaing dengan mana-mana pihak termasuk bekas majikannya, Datuk Seri Vida.
“Sebelum saya viral lagi saya dah rancang nak taja GV, bukan sebab DSV pun. Saya yang buat keputusan ini, lagi pun ini bukan program dia. Cuma buat masa ini belum rezeki saja, ikutkan bila-bila masa saya boleh jadi penaja.
“Tapi jangan risau saya tidak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan apa yang dirancang dan ditetapkan oleh stesen TV, kita hormati kru-kru dan cuba bantu industri,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Please lah jangannnnnnnn! Serabut nanti ko promo product ko 24jam..T_T
x perlu lah taja GV, skg susu Farm fresh taja sudah elok lagi, mrk so professional, dan mrk bukan aja taja, tapi juga dah banyak bantu mangsa2 yg memerlukan, skg pihak penaja dah cukup baik lain lah kalau mrk x nak jadi penaja dan pihak Astro sdg cari penaja
Xyah la nnti selang dua minit muka ko je . Tgk ibu susu. Dia pro. Xde pun muncul kat skrin. Xde drama rebut mikrofon
Lol. Kalau orang tak tau dia berjual apa, macam mana business boleh masyuk? Duit dia yang kononnya berlambak tu datang dari mana?
Aku lebih rela kalau bos produk kentut dalam balang yang taja
Anak ikan Vidagumuk try hard nak jadi popular.
Tapi recycle formula Hauk Vidagumuk pernah buat.
Buat album la.
Nyanyi la
Nak taja program la
Masalahnya product dia ni stokist & agent dia je yg tolong beli.
Consumer lain tak hingin product sampah.
Astro kalau ada credibility tak payah amik mangkuk mangkuk hayun gila attention.
Menyemak TV promote diri sendiri.
Sheila Rusli yg kaya raya tu pun tak nak taja GV.
Awat hangpa x taja program kt tv indon?
Brp kena bayar mahu taja GV tahun depan? Boleh tak org ramai buat crowd funding kutip jumlah yg sama atau lebih sekali ganda dari bayaran yg di kenakan supaya takde kluster ni menyempil kat tv. Dulu ada sorang pompuan gemok pipi mancung pakai tiara cakap kelantan taja rancangan GV. Penonton terpaksa menerima seksaan jiwa yg berpanjangan krn mahu tonton rancangan tu. Ada yg talipon befrienders mintak bantuan krn trauma dgn tingkah laku penaja yg menjekelkan.
Please la jangan nak publisiti murahan. Tak taja GV tapi nak tumpang sekaki melalui gossip ni. Penat penaja² lain yg betul² bayar GV musim ni. Be professional.
tOLONG LAH JANGAN… TERUS HILANG SELERA AKU NAK TENGOK GEGAR VAGANZA TU NANTI…. PLEASEEEEEEE