fbpx

Iqbal Zulkefli Beli Pen Harga RM75,000 Sebatang Gara-Gara Stress

Nampaknya, usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli kembali menjadi perhatian ramai apabila memaklumkan dia membeli sebatang pen berjenama mewah berharga RM75,000.

Menerusi satu perkongsian di Instargram, Iqbal berkata dia sudah beberapa kali mengunjungi kedai Mont Blanc dan akhirnya membuat keputusan untuk membeli pen berkenaan untuk elakkan rasa tertekan.

BACA: Ahmad Iqbal Mahu Pulang Ke Malaysia Nak Jenguk Tempat Banjir

“Akhirnya saya miliki pen Mont Black RM75,000. Sejak di Malaysia lagi saya masuk kedai ini namun tidak beli pen yang saya mahu. Setelah berkali-kali, daripada tertekan, lebih baik saya beli sahaja,” tulisnya.

Dalam entri berkenaan, Iqbal berkata dia memegang prinsip bahawa tiada siapa boleh menghalangnya dirinya menyukai barangan mewah selagi tidak menyusahkan mana-mana pihak.

“Saya seorang yang sangat suka pada barangan luxury. Selagi ia boleh memajukan fikiran dan hidup, tiada siapa boleh menghalang. Selagi tidak menyusahkan orang lain dan dengan cara halal, tidak mengapa ini prinsip,” tulisnya.

Perkongsian Iqbal itu ternyata mengundang kritikan netizen yang mengatakan adalah lebih baik jika membantu mangsa banjir daripada membeli pen berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan pembeliannya itu satu pembaziran, malah ada yang menyindirnya jika benar kaya seseorang itu tidak akan menunjuk-nunjuk.