fbpx

Iqbal Zulkefli Menangis Tengah Malam Fikir Pasal Jodoh

Selepas hubungan cintanya dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sehingga kini Iqbal Zulkefli masih belum bertemu pengganti lagi.

Menjawab persoalan netizen di Insta Story, Iqbal mengakui tertekan memikirkan soal jodoh sehinggakan menangis tengah malam.

BACA: Datin Hadiahkan Iqbal Zulkefli Jam Rolex RM100,000

“Kadang-kadang saya stres fikir tentang jodoh. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu tetapi pasangan hidup, ia tak semudah itu.

“Menemui orang yang jujur, sanggup susah senang dan boleh terima segala kekurangan, ia tidak mudah. Orang ramai bertanya, ‘Iqbal bila nak kawin? Iqbal dah ada semua kenapa tak kawin. Iqbal, kawin sajalah’. Kadang-kadang, saya menitiskan air mata di tengah malam. Tolong doakan saya ya,” tulisnya.

Terdahulu, Vida berkata dia yakin bahawa Iqbal tidak akan dapat cari pengganti sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.