fbpx

Iqbal Zulkefli ‘Down’ IG Kena Sekat Dengan Nad Zainal

Penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mendedahkan akaun Instagram miliknya juga telah disekat oleh Nad Zainal meskipun dia tidak pernah bertegur sapa dengan aktres itu.

Perkara itu diberitahu oleh Iqbal menerusi perkongsian di Insta Story miliknya. Iqbal berkata dia tidak tahu punca dan tertanya-tanya mengapa dia disekat.

BACA: Sharifah Sakinah Nak Padam Posting Doakan Nad Zainal

“Saya tidak pernah berjumpa atau menyebut namanya di media sosial… Sampai sekarang sekarang saya tidak tahu kenapa saya di block olehnya di Instagram. Sampai sekarang saya tak tahu kenapa begitu,” katanya.

Sementara itu, Iqbal berkata mungkin pelakon itu tidak suka kepada dirinya yang sering terpalit dengan kontroversi sehingga berbuat demikian serta memohon maaf jika ada salah silap.

Namun, Iqbal berkata dia mengakui ‘down’ serta tertanya apa silapnya kerana sebolehnya dia mahu menghormati dan berbaik dengan semua orang.

“Kalau ada salah saya minta maaf. Sedikit sebanyak ia membuatkan saya down dan tertanya apa salah saya… sebab sebolehnya saya mahu menghormati dan berbaik dengan semua orang,” tulisnya.