Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai komen Nabila Huda yang ditinggalkan dalam hantaran di Instagram Hlive menjadi perhatian ramai apabila mengatakan tidak mengenali pelakon Nad Zainal.
Malah, menerusi satu video temu bual, Nabila Huda berkata dia tidak menegenali Nad Zainal namun pelik Instagramnya telah disekat oleh aktres itu.
BACA: Nabila Huda Tak Kenal Nad Zainal Tapi Kena Block
Sementara itu, perkongsian pelakon Sharifah Sakinah turut menjadi bualan ramai apabila mengatakan sudah tiba masanya dia memadam hantaran yang pernah dibuat Nad Zainal.
View this post on Instagram
Hantaran yang dikongsikan setahun itu lalu itu mendoakan agar sahabatnya sembuh serta memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu.
Sakinah turut menulis kapsyen berharap dia berjumpa dengan sahabatnya itu di alam lain serta meminta pelakon itu berpijak di bumi nyata serta bimbang kata-kata yang dikeluarkan akan menjadi takdir buat dirinya.
Sebelum ini, Nad berkata dia tidak mahu memberi fokus kepada sesiapa yang hilang dari ‘radar’ kerana menganggap ianya bersifat high school untuknya.