fbpx

Baru-baru ini perkongsian usahawan kontroversi, Iqbal Zulkifli menjadi perhatian ramai apabila mengatakan dia menyediakan RM100,000 duit raya pada tahun ini.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal mendapat mesej pertanyaan dari seorang pelajar yang ingin meminta duit raya kepadanya.

BACA: Iqbal Dah Jangka Qush Tak Lama Jadi PA DSV

Menjawab pertanyaan netizen itu, Iqbal berkata dia akan memberi duit raya tidak kira pada siapa namun perlu berjumpa dengannya secara berdepan.

“Tahun ni saya dah sediakan RM100,000 untuk duit raya. Saya tidak kira usia, kalau rasa nak bagi, saya bagi je. Cuma kena jumpa depan-depan bukan DM atau transfer,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal turut menjawab persoalan dimana dia mendedahkan dia tidak mahu lagi memberi pinjam wang kepada sesiapa.

Ujarnya lagi, pengalaman lalu membuatkan dia serik dan tidak mahu lagi melalui keadaan tersebut. Dedahnya lagi, ramai yang meminjam tetapi hanya tiga orang yang bayar semula wang.

“Saya selalu bagi orang pinjam duit. Dalam 20 orang yang berhutang, cuma 3 orang yang bayar. Malah, saya pula yang dikatakan macam-macam bila minta hutang. Minta maaf, saya sudah serik,” katanya.