Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pembantu peribadi (PA) Dato Seri Vida iaitu Abang Qush mendedahkan dia hanya berlakon menjadi PA kepada usahawan kosmetik itu.
Menerusi satu Live di IG, Qush berkata dia sudah tidak lagi berkolobrasi dengan Vida dan sehingga kini tiada sebarang surat tawaran diberikan oleh Vida.
BACA: Influencer Dedah Hanya Berlakon Sebagai PA DSV, Tiada Surat Tawaran Kerja
Memetik mStar Online, bekas PA Vida iaitu Iqbal Zulkifli berkata apa yang berlaku pada Qusah itu sememangnya sudah dijangka.
Menurut Iqbal yang sebelum ini pernah bekerja dengan Vida berkata ramai kakitangan lain tiada surat tawaran namun melakukan tugas seperti biasa.
“Tekaan saya 100 peratus tepat. Sebagai majikan juga, saya tidak suka DSV berjanji kosong RM10,000 kepada masyarakat di saat pandemik. Ramai yang berharap untuk bekerja ketika itu.”
“Saya tidak hairan tiada surat perjanjian kerana sebelum ini pun semua staf elok sahaja bekerja tanpa surat tawaran. Gaji tetap diberi dengan baik namun tidaklah seperti yang dihebahkan.”
“Sudah pun saya sampaikan kepada DSV, kalau mahu selamat asah staf yang bertahun lama berkhidmat dan tahu membaca rentak,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal berkata dia melihat bekas majikannya itu sudah tersasar jauh dari landasan perniagaan. Malah, dia merasakan anak-anak Vida juga sudah penat melayan kerenah ibunya yang tidak habis-habis dengan ‘drama’.
“Kembalilah seperti dahulu. Gosip dengan saya sebelum ini sekurang-kurangnya dapat juga naikkan jualan berjuta-juta. Jangan leka, banyak lagi tanggungjawab penting.
“Anak-anak pun penat melayan kerenah ibunya yang sering begini. Mereka yang sering jaga hati kononnya untuk kemajuan perniagaan,” katanya.
Sementara itu, Iqbal turut menasihatkan Qush supaya berani berdepan dengan isu tersebut serta menghargai segala kebaikan Vida.
“Kepada PA (Qush), jangan lari dari media kerana itu dianggap sombong. Media pernah mengangkat nama anda. Harus berani ke depan dengan jawapan terbaik.
“Jangan lupa kebaikan DSV kepada anda. Saya dan beratus staf lain dahulu berkali ganda lagi cabaran. Berbaiklah selagi boleh,” katanya.
Pada Februari lalu, Vida ,engumumkan secara rasmi pembantu peribadinya dikenali sebagai Abang Qu. Malah, Vida memaklumkan menawarkan gaji sebanyak RM10,000 sebulan.