Ahmad Iqbal Mahu Pulang Ke Malaysia Nak Jenguk Tempat Banjir
Kini berada di Indonesia sejak bulan lalu, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli meluahkan rasa mahu pulang ke tanah air untuk menjenguk kawasan banjir.
Menurut Iqbal, jika bileh dia mahu pulang selama 3 hingga 7 hari ke Malaysia. Iqbal turut berharap mereka yang terkesan supaya terus kuat menghadapi ujian.
BACA: “Saya Sedar Siapa Diri Saya, Jauh Beza Ibarat Langit Dengan Bumi” – Iqbal
“Jika boleh, saya mahu pulang ke Malaysia mungkin 3-7 hari untuk jenguk tempat banjir. Di saat ramai diuji kesusahan, bertimpa lagi ujian begini, semoga kuat semangat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Iqbal berkata meskipun dia tidak melalui perkara itu namun dia percaya bahawa setiap ujian diberikan akan berakhir dengan kebaikan.
“Serendah hati saya, walaupuun tidak melalui sendiri, tabahkan hati, percaya bahwa tiada ujian yang akan berakhir dengan yang tidak baik,” katanya.
Terdahulu, Iqbal memaklumkan akan berada di negara seberang itu dalam satu tempoh masa panjang atas urusan kerja serta untuk merawat hatinya.
Toksah le..duk je kt indon diam2.nk tlong bg duit,online kn.
Nk balik sb nk menjenguk kwsn bnjir..amboi mcm yb pulak kau ni eh iqbal..
Aik tak abis lg crita mat budu nie. Mamat nie nak balik ke Gong Kedak lah tp buat stori nak tengok tempat banjir. Sebab Rossa kata ingatkan waiter mkn warung pakai kot biru.
kalau pun dia balik, kena kuarantin ke takyah?