Iqbal Semakin Laris, Dapat Tawaran Berlakon Dengan Zul Ariffin & Mimi Lana
Selepas bergelar penyanyi, semakin mencurah-curah rezeki usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli apabila bakal bergelar pelakon pula.
Tidak peduli tentang padangan netizen terhadap dirinya, Iqbal berkata peluang berlakon mungkin cuma datang sekali sahaja.
BACA: “Sebenarnya Kalau Dengar Dari Hall, Memang Sedap Suara Iqbal” – DSV
“Saya perlu betulkan mindset orang kita juga. Apabila dapat sesuatu peluang, jangan lepaskan sebab peluang tu tak selalu datang. Walaupun kita tahu bukan yang terbaik,” katanya.
Menurut Iqbal, dia dihubungi oleh pelakon dan pengarah Erma Fatima untuk berlakon bersama pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin dan Mimi Lana.
“Saya memegang watak yang besar juga. Dah dapat tawaran cuba je la. Tak boleh la hero, saya tak layak jadi hero saya rasa,” katanya.
Mengulas mengenai kata-kata netizen bahawa dia menyanyi dan berlakon kerana hanya dirinya berduit, Iqbal berkata tidak semuanya kita boleh dapatkan dengan duit.
“Tidak semua perkara kita boleh beli dengan duit. Ingat tu. Walaupun kita ada duit tapi tak ada attitude yang baik, orang takkan berurusan dengan kita.
“Yang content tu tak apa nak kecam, sila kecam. Tapi ini kita bekerjasama dengan orang. Saya bukan seorang yang kalau nak, aku bayar kau, aku bayar kau, saya takkan ada prinsip macam tu. Kak Erma yang hubungi saya dulu,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
STOP MAKING STUPID PEOPLE FAMOUS.
SUTUN THE MOVIE ke?
Alah silap hb dia yg taja drama tu mcm alip dan Sajat penah buat dulu.
Berani cuba peluang baru…good effort!
Mungkin rezqi u kearah lakonan, lupakanlah nyanyian, habis org mencarut awak….
Alhamdulillahh..rezki Iqbal. Yang menyalak mcm hanjing dpt haper eh? Stupid people lah bla bla bla..
Dah amik dos penggalak? Hahh!! ko pegi vaksin hati busok korang tu plak. Melayu hasad dengki berpisah tiada.
Aku nak tgk sapa pulak nak sound eirma fatima amik Iqbal berlakon. Nak claim rosak ape lepas ni? Rosak industri lakonan plak eh? Yg terer berlakon..masok lah debat bahas hujah hujah zmn batu belah batu bertangkup..hahahaha
Pentaksub bebal ni mmg hati lurus masuk longkang kan? Sbb tu ramai org jual produk timbang kilo senang2 jd jutawan sbb melayu kayu mcm bendul reda dipijak, diperalat utk org jd kaya di atas ketaksuban jiwa melayu isley
Ala filem Melayu yg tak membina minda.
Masuk panggung takde sapa tengok.
Amik la BADUT viral konon konon nak pancing netizen.
Tiga bulan lepas masuk panggung dah jual murah-murah kat Asterok untuk tayangan TV.
Asterok pun tak nak beli sebenarnya sebab akan ada orang streaming free kat Internet.
Pi mai, Pi mai tang tu…
Abang Jamil dah mampos, hidup balik pun level Filem Malaysia macam tu jugak.
Mamat budu nie jual produk ape hah? Asik nyanyi gi indon skrg ni nak jd pelakon pulak. Kalu niaga laku juta2 nape nak nyanyi berlakon? Brp sen ngat dapat?