fbpx

Iqbal Dedah DSV Pujuk Tawar Kereta Mewah RM3 Juta

Nampaknya kisah percintaan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal masih tiada kesudahan meskipun bekas pembantu peribadinya sudah menarik diri daripada perkahwinan tersebut.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal berkata selepas dia menarik diri, Vida menawarkan kereta mewah Bentley bernilai RM3 juta.

BACA: Menangis Teresak-Esak, DSV Akui Pernah Baling Selipar Pada Iqbal

Bagaimanapun, Iqbal berkata nilai tersebut tidak dapat membeli hati dan kejujurannya yang telah dikhianati.

Ujarnya, jika ada janda hadiahkan basikal dia sanggup menerima dan berkahwin dengan wanita tersebut asalkan ikhlas menyayangi dirinya.

“Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya,” katanya.

Sementara itu, dalam satu entri lain, Iqbal berkata dia sanggup menerima jika kekasihnya seorang pelacur atau seorang yang miskin asalkan ikhlas.

“Bagi saya, anda kekasih saya seorang pelacur, atau seorang yang miskin sekalipun, tidak terlalu rupawan, saya boleh terima. Tetapi jangan kurang satu perkara, iaitu ketelusan. Saya tidak terlalu baik namun saya tidak pernah mempergunakan wanita,” katanya.