fbpx

Iqbal Cari Orang Boleh Cipta Lagu, Tawar Bajet Serendah RM500,000

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kisah percintaan antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadainya, Ahmad Iqbal Zulkifli yang dikhabarkan bakal berkahwin Disember ini, namun telah pun dibatalkan.

Kali ini bukan lagi kisah cintanya dengan Vida, menerusi satu perkongsian pemuda berusia 27 tahun itu dikatakan sedang mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.

BACA: Diva AA Semak Dengan Kisah Cinta DSV & Iqbal

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal turut menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM500,000 sahaja.

Namun tidak dimaklumkan untuk tujuan apa dia ingin mencari pencipta lagu serta menawarkan bayaran setengah juta itu atau mungkin Iqbal mahu menceburi bidang nyanyian pula seperti DSV.

Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan palsu kepada dirinya serta mengatakan drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.